Monday, 9 December 2013

Tips putihkan muka dengan cepat dan berkesan !

Tips putihkan muka dengan cepat dan berkesan !

Perempuan dengan kecantikan tidak boleh dipisahkan ibarat 'aur dan tebing', kerana kecantikan itu adalah teman sejati setiap wanita. Tetapi bagaimana untuk mengekal kecantikan wajah anda untuk sentiasa cerah dan adakah cara untuk mendapatkan kulit wajah cerah dalam masa seminggu.

Ya ada caranya untuk mendapat wajah yang cerah, bersih dan halus mulus dengan syarat anda si gadis perlukan disiplin, komited dan konsisten untuk mengamalnya kerana untuk cantik perlukan sedikit pengorbanan bukan.

Walaupun kita sering merungut cuaca panas terik dan sinar mahatari boleh membuatkan kulit kusam dan kering tetapi jangan bimbang ada cara mudah untuk mengekalkan kehalusan wajah anda itu.

Disini ada beberapa tips yang boleh diamalkan:

Rajin bersihkan muka
Tip pertama dan yang paling penting rajin-rajinlah bersihkan muka dan haruslah tahu untuk menggunakan pencuci muka yang bersesuaian untuk kulit anda. Kalau boleh lakukan setiap pagi dan selepas melakukan aktiviti sukan kerana pastinya masa itu anda akan berpeluh dan perlukan penjagaan muka yang rapi.

Lakukan urutan di sekeliling wajah
Lakukanlah sedikit urutan di bahagian muka ketika hendak mencuci muka dengan memicit dan mengosok lembut di bahagian muka kerana ianya boleh melancarkan aliran darah juga. Teknik ini turut boleh diamalkan untuk menghilang tekanan disamping dapat melegakan dan membuat anda lebih selesa selepas itu.

Scrubing
Kebiasaannya mengikut kajian punca kulit nampak kusam, lesu dan tidak bermaya ini disebabkan kulit sel telah mati di kawasan liang pori muka. Oleh itu, untuk menghilangkannya ialah dengan menggunakan teknik 'scrubing'. Ia tebukti berkesan untuk menanggal segala bintik hitam dan kulit mati. Akhirnya juga ia dapat memberikan kesegaran pada wajah anda.

Amalkan penggunaan 'sunblock'
Sekiranya anda peminat aktiviti lasak dan 'outdoor' anda haruslah menjaga kelembapan kulit anda dengan mengamalkan penggunaan krim atau 'sunblock'. Ianya untuk melindungi kecerahan kulit selain tidak elok dibiarkan kulit terdedah terlalu lama dengan cahaya matahari takut-takut bukan sahaja boleh mengelapkan kulit.

Guna 'masker'
Sebelum tidur amalkan tip ini iaitu menggunakan 'masker' untuk menyingkir sel mati yang ada pada wajah anda.Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandungannya boleh menyerap ke dalam kulit wajah. Malahan ia juga boleh memberi nutrisi dan mampu untuk memutihkan kulit.

source

5 tips nampak cantik dimata teman lelaki



5 tips nampak cantik dimata teman lelaki


 Istilah cantik itu luas dan subjektif tetapi apabila seseorang wanita itu hendak bertemu dan keluar dating bersama buah hatinya anda haruslah sentiasa kelihatan menarik dan paling cantik pada saat itu supaya matanya tidak akan mengalih melihat wanita lain.

Jadi di sini ada tips bagaimana untuk cantikkan diri anda sebelum bertemu kekasih hati anda supaya dia akan tersenyum lebar dan tertarik melihat personaliti dan gaya anda itu. Nak memikat teman lelaki haruslah bijak berfesyen.

Lentikkan bulu mata
Tips pertama untuk menarik perhatian teman lelaki anda cubalah melentikkan bulu mata kearna mengikut kajian sesetengah lelaki sukakan melihat wanita yang mempunyai bulu wanita yang lentik dan kata pujangga pun pernah menyebut cinta itu dari mata turun ke hati bukan. Bulu mata yang lentik itu juga akan menambah keyakinan apabila bertentang mata dengan seseorang dan percaya apabila anda merenung wajah kekasih anda, pastinya teman lelaki anda terasa dup dap jantung dia.

Warna gincu tahan lama
Penggunaan gincu sangat dan harus dipakai tidak kira apa jua warna dan pilihan asalkan bibir anda tidak kelihatan kering dan pucat. Apabila mulut anda sentiasa berkilat dan berseri pasti orang yang melihat akan terpikat melihat karisma dan pesona yang anda miliki kerana wanita yang bergincu itu kelihatan sangat menawan sebenarnya. Tip untuk mengekalkan warna gincu yang dipakai, anda haruslah calitkan sedikit foundation sebelum memakai gincu.

"Eyeliner" tidak mudah luntur
Pemakaian Eyeliner sering membuatkan seseorang itu siap lambat kerana nak cepat dan sebagainya. Untuk mengelakkan segala perkara yang tidak diingini berlaku sebaiknya anda gunakan pensil "eyeliner" untuk memudahkan anda untuk berfesyen kerana jika anda berhadapan dengan "candle light dinner" bersama teman lelaki anda tidaklah boleh membiarkan kekasih anda ternanti-nanti kehadiran anda.

Peranan pengilat bibir
Pengilat bibir mampu untuk memberikan kesan seksi dan feminin kepada si pemakai yang mana ianya berfungsi untuk melembapkan dan menambah kecantikan bibir wanita itu. Berbeza dengan gincu, pengilat bibir dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang kerana sifatnya yang kedap air.

Sediakan kertas minyak dan tisu
Ini antara salah satu tips penting yang harus diingat semasa hendak bertemu kekasih hati iaitu janganlah lupa untuk membawa tisu atau kertas minyak yang khas untuk muka anda. Ianya boleh digunakan untuk menyerap minyak yang melekat di wajah dan sebolehnya janganlah menggunakkan bedak muka ketika kulit wajah sedang berminyak kerana ia boleh menyebabkan liang pori akan tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat tumbuh di wajah.

source

Tuesday, 3 December 2013

10 tips kurus dengan mudah dan cepat !

Percaya atau tidak, sumber kami memberitahu bahawa sebahagian wanita menghabiskan masa selama 31 tahun berdiet. Malah, ada sebahagian daripada wanita merasakan amat sukar untuk kurus. Akhirnya mereka putus asa di pertengahan jalan. Memiliki badan yang langsing merupakan impian setiap wanita. Anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kurus. Lihat senarai di bawah dan praktikan. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk menurunkan berat badan.


Makan bila perlu 
Jangan amalkan 'self reward' anda dengan makan. Ya, anda perlu memberikan diri anda sesuatu sebagai penghargaan jika anda berjaya mencapai sesuatu dalam hidup, tetapi makan besar itulah yang boleh membuatkan diet anda kurang berkesan. Ingat, ambil makanan yang sesuai dengan keperluan badan anda sahaja, dan yang paling penting jangan makan ikut nafsu.

Minum air secukupnya 
Berhenti mengambil minuman berkarbonat, bersusu, dan manis ketika menjamu selera. Cuba amalkan pengambilan air kosong sahaja. Air kosong merupakan salah satu ejen kurus yang berkesan. Pastikan anda minum 8 gelas air kosong sehari.

Kencangkan otot 
Sesetengah wanita berpendapat bahawa, otot yang kencang tidak memberikan apa-apa kesan untuk badan langsing. Salah! Otot-otot ini membantu dalam membentuk badan anda. Terutamanya pada bahagian kaki, diet sahaja tidak mencukupi untuk peha kecil, anda perlu kencangkan otot di bahagian peha supaya tidak ada ruang untuk lemak di peha.

Berjoging semasa perut kosong 
Berlari atau bersenam ketika perut kosong dapat meningkatkan 'hormone adrenalin' dan mengurangkan insulin dimana keadaan ini menukarkan lemak berubah menjadi tenaga.

Ubah gaya hidup 
Ini lebih kepada displin diri. Untuk mengelakkan berat badan bertambah anda perlu mengubah gaya hidup anda terlebih dahulu. Contohnya, jika anda lebih suka makan di luar berbanding masak, cuba lakukan sebaliknya. Memasak di rumah adalah lebih baik kerana anda boleh mengawal kandungan makanan yang anda makan.

Tetapkan sasaran 
Anda perlu mempunyai sasaran untuk mengurangkan berat badan. Contohnya, pada bulan ini anda ingin mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Pastikan anda capai sasaran anda sebelum bulan hadapan.

Luangkan masa untuk bersenam 
Berhenti memberi alasan dan menangguhkan senaman anda. Tahukan anda bersenam selama 30 minit sehari sudah memadai untuk mencapai berat badan ideal?

Sekali sekala ke gimnasium 
Anda bosan melakukan senaman berseorangan? Anda boleh pergi ke gimnasium berdekatan untuk lebih ramai orang dan suasana yang tidak membosankan. Cari gimnasium yang menawarkan pelbagai servis senaman. Antaranya, Yoga, kelas menari, kelas Muay Thai atau banyak lagi.

Jauhi dadah
Ini merupakan satu perkara yang penting. Jangan sesekali melibatkan diri anda dengan dadah hanya kerana anda ingin kurus. Dadah di sini termasuk pil-pil kurus yang sebenarnya boleh membahayakan kesihatan. Jika anda inginkan perangsang, cuba makan vitamin yang bersesuaian. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Jangan fokus pada satu bahagian sahaja 
Daripada anda fokus pada beberapa bahagian badan sahaja, apa kata anda melakukan senaman untuk kesuluruhan badan? Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan anda, malah meningkatkan kesihatan juga!

good luck !

Monday, 16 September 2013

5 makanan yang membantu anda tidur lena !





5 makanan yang membantu anda tidur lena !


Anda mungkin sering mengalami masalah sukar tidur di waktu malam atau anda susah untuk terlena dan tidur selesa akibat sering terjaga. Jangan risau kerana mungkin anda tidak tahu makanan juga berupaya untuk membantu tidur malam anda menjadi lebih lena dan berkualiti. Tetapi harus diingatkan supaya mengambil makanan-makanan berikut sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan yang lancar.





Kacang almond
Kacang almond mengandungi magnesium yang berupaya membantu manusia mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Ia turut mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika kita tidur. Kacang almond akan membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan kita untuk beristirehat.

Teh hijau
Mengelakkan diri daripada mengambil minuman berkafein sebelum tidur adalah kunci utama untuk mendapat tidur lena namun terdapat juga sumber berkafein yang boleh mengatasi tidur tidak nyenyak anda. Teh hijau contohnya mengandungi Theanine yang juga membantu manusia mudah terlena.

Pisang
Pisang juga turut mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk tidur lebih lena. Seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang membantu merehatkan otot-otot badan. Apabila kita mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang juga akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.

Susu
Sama seperti pisang, susu juga turut mengandungi triptofan. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.

Sup miso
Sup miso pula mengandungi asid amino yang juga dapat meningkatkan kadar rembesan hormon melatonin. Suhu sup yang panas juga membangkitkan rasa selesa dan tenang. Ini akan menyebabkan anda merasa mudah mengantuk.

Yahoo.com!

Thursday, 29 August 2013

8 kebaikan makan makanan pedas !


8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas | Setiap jenis makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Begitu juga dengan makanan pedas. Makanan pedas mungkin menjadi kesukaan dari sebagian orang, tetapi ada juga orang yang tidak suka dengan makanan pedas.



8 Fakta Kebaikan Dan Manfaat Makanan Pedas

Orang yang tidak suka makanan pedas kebiasaannya takut perutnya akan sakit ataupun telah mempunyai penyakit yang tidak boleh makan makanan pedas. Namun makanan pedas ternyata ada manfaat baik bagi tubuh kita.

1. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.

2. Menjaga mood

Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

3. Mencegah Kanser

Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.

Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Memperbaiki fungsi penghadaman

Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.

Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.

5. Menghilangkan Gejala Selsema

Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.

6. Menyihatkan jantung

Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.

Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.

Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.

Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

7. Turunkan berat badan

Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.

Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.

8. Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

click here

4 Mitos untuk kurus yang anda tidak boleh percaya !

4 Mitos untuk kurus yang anda tidak boleh percaya !

Siapa yang tidak mahu perut kempis dan seksi. Semua orang pasti akan berusaha untuk memperolehinya. Masalah lazim yang dihadapi sudah banyak usaha yang dikeluarkan namun mengapa ia tidak berhasil. Ini kerana anda membazirkan mata dengan maklumat yang salah tentang tip-tip mendapatkan perut kempis.



Berikut adalah 4 mitos yang anda tidak perlu percaya:

Berlapar untuk perut kempis 
Pada sesetengah masa, anda akan berfikir bahawa berlapar adalah satu-satunya cara untuk menurunkan berat badan. Anda mungkin juga berfikir bahawa pengurangan kalori dalam badan boleh memberikan keputusan yang lebih cepat, sebenarnya tidak.

Apabila anda lapar, kadar metabolism dalam badan anda akan terganggu. Berlapar bukan sahaja tidak efektif, malah membahayakan kesihatan anda juga.

Mengambil pil diet 
Jangan terpedaya pada testimoni yang dikeluarkan oleh agen produk kesihatan. Ia memang nampak menarik, tetapi anda harus tahu bahawa tiada 'pil ajaib' yang boleh memberikan anda perut yang kempis tanpa perlu bersenam. Pil diet ini lebih cenderung untuk 'mencederakan' poket anda daripada menunjukkan apa-apa keputusan positif pada perut anda.

Pakej produk diet memberi kesan yang cepat 
Kebiasaanya, pakej produk diet yang dibungkus mengandungi gula halus dan beberapa bahan tiruan yang tidak di perlukan oleh badan anda. Sesetengah produk tidak membawa kepada hasil yang memuaskan jadi anda hanya membazir masa sahaja.

Elak makanan berkarbohidrat 
Banyak tanggapan yang mengatakan nasi merupakan punca utama berat badan naik. Bukan sahaja nasi, tetapi segala makanan bekarbohidrat juga! Nasi, kentang atau roti tidak menggemukkan anda sebenarnya, yang penting kawalan makanan anda. Yang penting, elak makan makanan segera yang telah dibungkus.

Friday, 16 August 2013

Keringkan jerawat dalam satu malam !!


Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin.

Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!

AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

CAMPURAN KAYU MANIS & MADU 
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.

PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.

UBAT GIGI
Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih.

PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat.

♥ ❤ ❥ ❣ ❦ ❧

Limau nipis dan Manfaatnya ?


Manfaat limau nipis memang tidak dapat dinafikan lagi. Kandungan vitamin B yang terdapat di dalamnya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat tubuh badan kita.

Selain digunakan sebagai bahan dalam produk kecantikan, limau nipis selalunya digunakan untuk merawat kulit, wajah dan rambut. Malah limau nipis juga dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan.

Antara manfaat limau nipis ialah:

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT

Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.

Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH

Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.

Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.



Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!

Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.


Thursday, 8 August 2013

6 makanan untuk kekal AWET MUDA !




Bagi yang mengimpikan sentiasa awet muda tak kira lelaki dan wanita cuba amalkan pemakanan
disenaraikan ni. Tak perlu buat pembedahan plastik atau buat suntikan botox sana sini. Melalui cara pemakanan yang betul dan sihat boleh mengekalkan keremajaan serta memanjangkan usia. Yang makan jamu awet muda teruskan sahaja.

Minyak Zaitun
Kandungan lemak monounsaturated yang terdapat di dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai punca mengapa ia dikatakan makanan paling sihat, boleh menghindarkan kanser dan serangan jantung Minyak zaitun boleh mengelakkan kanser payu dara dan mengekalkan keremajaan (bagi wanita) dan kajian telah dijalankan oleh Dr Ditnios dari Universiti Harvad bahawa dengan pengambilan minyak zaitun yg banyak boleh menurunkan kanser payu dara sebanyak 50 peratus. Kandungan Vitamin dan polyphenols (antioksidan) utk mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit.

Yogurt
Dengan mengamalkan yogurt setiap hari boleh mencegah penuaan. Kandungan asid lactic di dalam yogurt yang berfungsi untuk menentan serang radikal bebas punca penuaan. Kandungan vitamin B kompleks yang tinggi dalam yogurt ni memelihara system reproduktif wanita, kecergasan otak dan membantu badan melawan penyakit.

Ikan
Kandungan kolesterolnya yang rendah mempunyai nilai protein, asid lemak dan Omega 3 membantu menghalang kolestrol menyumbat arteri dan melindungi jantung. Omega 3 boleh mengekalkan keremajaan kulit, menegang dan melicinkan kulit.

Coklat
Kandungan coklat yang mengandungi katekin iaitu sejenis antioksidan yang sangat kuat untuk menentang radikal bebas. Fungsinya adalah untuk mengelakkan proses penuaan berlaku dengan cepat kerana pencemaran dan radikal bebas. Kandungan katekin dalam coklat menjadikan kulit bersih, bercahaya halus dan awet muda.

Kacang
Ada satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis yang mengamalkan diet sayur-sayuran mendapati, sesiapa yang makan kacang dalam kuantiti yang banyak setiap hari boleh memanjangkan usia dan tahun berbanding yang tidak makan. Kandungannya yang kaya Vitamin E berfungsi mengekalkan kulit yang cantik, licin dan tegang secara langsung ia juga boleh mengelakkkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Selain itu kacang juga kaya dengan lemak tidak tepu sama seperti minyak zaitun, mineral dan phytocehmicals termasuk antioksidan.

Blueberry
Blueberry mengandungi potassium dan silika yang boleh membantu pankreas menjalankan tugasnya dengan baik dan menjaga tulang dan mengelakkan diabetes.. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Tufts University, Amerika Syarikat mendapati blueberry boleh memanjangkan umur, memulihkan kecergasan dan proses penuaan lambat berjalan. Ada beberapa bahan di dalam buah itu boleh melegakan radang dan memulhkan semula kerosakan sel yang berkait rapat kesan penuaan seperti kurang ingatan dan kecekapan pergerakan anggota badan.

Source : :)

Awas! Adakah anda jenis perempuan yang mudah ditipu oleh lelaki?



1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.

Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan… ” Anda pun percaya terus…

Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.

Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.

Kalau ini berlaku… macamana?

2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.

Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.

Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

3. Wanita “sosial”.

Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.

Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?

Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya selera!

4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?

Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.

Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan.

Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?

Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?

Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!

Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.

Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

source : Here

Tuesday, 6 August 2013

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah yang anda wajib tahu!



23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah Yang Perlu Diambil Tahu | Seperti yang kita ketahui, ketika ini sedang kecoh diperkatakan berkenaan dengan Syiah yang sedang mengganas ketika ini di Syria. Kekejaman Syiah di Syria sedang dibendung ketika ini. Berikut adalah penjelasan lanjut tentang ciri-ciri syiah yang disebarkan & diajar kepada para juhalak ( orang jahil ) di malaysia & lain2 negara di dunia,

Mengikut kajian oleh sumber terpercaya barat, puak sesat ini iaitu syiah tak sampai 13% pun dari bilangan umat Islam sedunia.

Cuma puak sesat ini suka mengada2kan berita kononnya mereka mempunyai bilangan yg ramai di Malaysia & di dunia..

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H]

Source : :)



Monday, 5 August 2013

Petanda seseorang Mewarisi Saka !


Petanda Seseorang Mempunyai Saka | SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.

Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.

Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.

Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.

Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.

Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.

Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.

Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.

Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.

Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.

“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.

Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.

“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

Petanda Seseorang Mempunyai Saka

Gejala waktu tidur

  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala waktu jaga

  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.

Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.

“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.

Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.

“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.

“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.

“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.

source : :D

Friday, 2 August 2013

Cara-cara Hilangkan bau kaki !

Cara-cara Hilangkan bau kaki


Kaki berbau sering di alami oleh orang yang menggunakan kasut bertutup setiap hari. Bau kaki yang busuk akan membuatkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa. 

Menghapuskan bau kaki yang tidak menyenangkan adalah perkara utama bagi mereka yang menghadapi masalah ini. 

Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat beberapa cara untuk anda menghapuskannya. 

1) Rendam kaki anda di dalam baldi berisi sabun dan air suam dan gosok kaki anda selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk. Air suam berupaya membuka liang roma di kaki dan mengeluarkan kotoran. Air sejuk pula berperanan untuk menutup kembali riang roma yang terbuka. 


2) Gunakan sarung kaki dengan bahan yang selesa serta mempunyai sistem peredaran udara yang baik supaya kaki tidak lembab. Oleh itu, stoking jenis nilon tidak sesuai untuk di pakai dengan kerap. 
3) Mempelbagaikan jenis kasut mengikut suasana. Jika anda ingin keluar bersantai pada hujung minggu, gunakan kasut/selipar yang terbuka. Sekurang – kurangnya, kaki anda dapat 'bernafas' seketika. 


4) Pastikan kaki tapak kaki dan jari kaki anda tidak di jangkiti kulat. Jika anda mendapati terdapat kulit kering dan tompok merah, gunakan produk kaki yang sesuai atau berjumpa dengan doktor. 


5) Kami mengesyorkan supaya anda menggunakan kasut yang berbeza selang dua hari. Kasut memerlukan 24 jam untuk kering sepenuhnya. 

Jika kasut anda berbau : 

1) Balut kasut anda dengan suratkhabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin. Kertas suratkhabar dapat menyerap bau hapak pada kasut. 

2) Ambil beberapa biji kopi dan balutkan pada tisu, letakkan balutan kopi itu ke dalam kasut dan biarkan semalaman. 

3) Jika kasut anda masih berbau walaupun selepas di cuci, keringkan terlebih dahulu kasut tersebut. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan taburkan pada kasut dan biarkan semalaman. Jumlah soda bikarbonat bergantung pada saiz kasut anda. Keesokan harinya, buang soda bikarbonat tersebut menggunakan vakum. 

4) Untuk mengelakkan kasut tidak mudah berbau, jangan pakai kasut ketika kaki anda basah. Kerana ia membolehkan bakteria membiak dan merebak. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat. 
5) Jika kasut anda basah akibat hujan, segera masukkan surat khabar lama ke dalam kasut dan simpan kasut dalam kain, kotak kasut atau beg plastik. 

Cara di atas amat mudah dipraktikkan. Jika anda telah mencuba ke semua di atas tetapi masih mengalami masalah yang sama, cuba berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan nasihat daripada mereka. 


Credited : :)

30 fakta tentang wanita lelaki kena tahu !




1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.




12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

credited to :)

Thursday, 1 August 2013

Perbezaan SUKA dan CINTA .

Perbezaan SUKA dan CINTA .




Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata                  
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah
bersama-sama siapa yang anda cinta

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

Kasih sayang-Mu Tuhan, Itu yang kudambakan...
Dengan rahmat-Mu,  
Ampunilah dosaku...

credited :D

Takut gemuk? jangan amalkan tabiat ini !


5 Tabiat Yang Menyebabkan Masalah Gemuk


5 TABIAT YANG MENYEBABKAN MASALAH GEMUK!


(1) Makan makanan rendah/bebas lemak
Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.

(2) Tidur terlalu sedikit/banyak
Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

(3) Minuman bergas
Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

(4) Elak waktu makan
Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan merangsang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(5) Makan terlalu cepat
Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

credited to :-)


9 Tips elakkan perut buncit !

Tips elakkan perut buncit !



Tiada siapa yang suka dengan masalah ‘buncit’kan ? Masalah buncit juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri! Jadi tunggu apa lagi, jom kita ucapkan selamat tinggal pada masalah buncit dengan melakukan 9  pekara di bawah!

1)      KERAP MINUM AIR MASAK
Mendapatkan jumlah air yang banyak dapat menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air. Jadi, lebih kerap kamu membuang air lebih banyak lah segala sisa makanan yang terkumpul di dalam perut keluar

2)      BANYAKKAN KUNYAHAN
Sewaktu menikmati hidangan makanan, jangan terburu-buru ketika makan. Pastikan setiap makanan yang masuk di dalam mulut di kunyah sebanyak 44 kali atau kunyah sehingga cebisan makanan menjadi kecil dan mudah untuk di hadam. Makanan yang sukar di hadam akan menyebabkan perut kamu kembung dan tidak hairanlah mengapa selepas itu ia menjadi buncit.

3)      MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Makanan yang serat adalah penting dalam pyramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan. Malah, amalan memakan sayur-sayuran yang bewarna hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu proses penjagaan penyakit perut buncit.

4)      KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Terlebih garam dalam makanan juga tidak di galakan, ini kerana ia akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses pengaluaran air dari sel badan. Akibanya perut kamu akan jadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk dan mula membuncit!

5)      KERAP MEMBUANG AIR
Jika kamu terasa seperti ingin membuang air kecil atau besar, jangan tahan. Cepat-cepatlah ke tandas, biarkan segala toksin dalam badan keluar dari tubuh kamu. Jangan di simpan! Nanti kamu juga yang merana.

6)      KELUARKAN PELUH
Jika kamu seorang yang kurang kerap ke tandas, apa kata kamu keluarkan segala toksin yang tersimpan dengan cara lakukan senaman atau apa sahaja aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Lebih elok sekirannya kamu jadualkan waktu senaman kamu. Bukan kata hilang buncit, badan kamu juga akan menjadi sihat dan kuat.

7)      BERHENTI MAKAN UBATAN YANG TIDAK PENTING
Ada sesetengah kajian mengatakan, pengambilanubat-ubatan adalah salah satu faktor perut buncit. Contoh seperti ubat Aspirin. Jika kamu kerap mengambil ubatan ini ia akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

8)      ‘SIT-UP’ SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR
Jika kamu rajin melakukan sit-up sebelum dan selepas kamu bangkit dari tidur ia dapat membantu kamu mengempiskan perut yang buncit itu. Teknik ini sangat di galakan kerana segala oto-otot di perut akan ‘bekerja’ dan menyebabkan sistem pembakaran lemak juga berjalan dengan lancar.

9)      KURANGKAN MINUM AIR MANIS
Air manis memang sedap untuk di minum, tetapi jika di ambil dengan kuantiti yang banyak dan kerap ia akan menyebabkan segala kamu mendapat penyakit yang tidak di ingini seperti kencing manis dan sebagainya. Jadi, kurang-kurangkanlah pengambilan air manis. Lebihkan minuman air masak seperti yang di sarankan di atas.

Credited 

4 Fakta Pagi Yang Perlu Tahu!

4 Fakta Pagi Yang Perlu Tahu!


1)      Amalan senaman berjalan kaki dapat menyihatkan jantung,  menurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolestrol dalam badan. Malah, ia juga dapat mengawal tekanan darah dan mencegah risiko darah tinggi dan strok. Secara tidak langsung, ia juga mampu meningaktkan keyakinan diri kita. Jadi sebelum kamu mulakan aktiviti kamu di pagi hari, ayuh ‘ribukan’ langkah mu.


2)      Ada satu kajian yang mengatakan tidur dapat meningkatkan produktiviti seseorang. Namun kajian terbaharu menunjukan mandi juga dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti kerja. Menurut kajian oleh perusahaan PR dari Inggeris Lurce, orang yang mandi siang sering mengalami peningkatan produktiviti 42 % dan kreativiti 33%. Jadi, kalau kamu buntu untuk dapatkan idea yang lebih produktif dan kreatif, tak salah mencuba kan?


3)      Selalunya kita menggunakan cermin untuk bersolek bukan? Tahukah kamu, sebenarnya cermin juga boleh memotivasikan diri.  Tak percaya ? Jom cuba lakukan!  Kamu hanya perlu berdiri di depan cermin setiap pagi dan senyum sambil bersyukur kerana kamu masih di beri peluang untuk hidup. Angkat ke dua tangan kamu kemudian letakan di muka, usap, belai dan rasa segala anugerah tuhan yang ada di muka sambil berkata dalam hati “alhamdulillah, aku masih sempurna”. Pasti secara tidak langsung kamu akan lebih menghargai diri kamu dan seakan hidup dengan semangat yang baru.


4)      Setiap orang mempunyai ‘Morning Kick’ mereka yang tersendiri. Ada yang perlukan Minuman panas sebelum memulakan kerja, dan ada juga yang perlu lakukan senaman pagi sebelum bergerak ke mana-mana. Tidak kiralah apa sahaja jenis ‘morning kick’, pastikan hari-hari kamu di mulakan dengan pekara-pekara yang positif. 

creditted to :)


Wednesday, 31 July 2013

6 Mitos Jerawat yang sering dipercayai !





1. Jerawat disebabkan kulit kotor atau tidak dicuci bersih.
Jerawat tidak terjadi akibat kulit kotor. Sebaliknya, ia disebabkan penghasilan berlebihan kelenjar minyak dan pengumpulan sel kulit mati, sebum (minyak) serta bakteria yang menyebabkan keradangan di dalam poripori kulit.

2. Kekerapan mencuci muka kurangkan potensi kemunculan jerawat.
Walaupun mencuci muka dapat menghilangkan kotoran dan minyak dari kulit, kekerapan mencuci akan menjadikan radang dan kulit kering. Fenomena ini juga boleh mencetuskan jerawat. Penggunaan scrub (lulur) akan memburukkan lagi keadaan kerana kulit berpotensi mudah radang dan tercedera. Anda seharusnya menggunakan pencuci sederhana (mild) melalui pergerakan berpusing secara lembut, dua kali sehari dan lap lembut menggunakan tuala bersih. Jika kulit muka terasa tegang dan kering selepas dicuci, ia menandakan pencuci muka itu terlalu kuat dan tidak sesuai.

3. Memicit jerawat akan cepat menghilangkannya.
Memicit jerawat menyebabkan jerawat kurang kelihatan untuk sementara waktu. Namun, proses ini menyebabkan pertumbuhan bakteria, sel kulit mati dan sebum tertolak lebih mendalam ke dalam kulit dan menyebabkan kawasan berkenaan bengkak dan merah. Ia akan melambatkan proses penyembuhan jerawat dan boleh meninggalkan tanda merah atau coklat serta parut pada kulit. Tanda berwarna ini akan kekal selama beberapa bulan sementara parut pula akan kekal selama-lamanya.

4. Jangan memakai bahan solekan jika mahu kulit mulus.
Jika menggunakan bahan solekan yang tidak komedogenik, bersolek tidak akan menyebabkan jerawat. Berhati- hatilah apabila memilih bahan kosmetik dengan membaca terlebih dulu label pada bahan kosmetik.

5. Memakan coklat atau kacang dan tekanan mencetuskan jerawat.
Punca utama jerawat bukan berpunca daripada makanan. Bagaimanapun, ada makanan tertentu mungkin memburukkan lagi jerawat. Jika berlaku hal sedemikian, kurangkan pengambilan makanan berkenaan. Tekanan tidak mencetuskan jerawat namun boleh meningkatkan pengeluaran sebum, seterusnya memburukkan lagi keadaan jerawat sedia ada.

6. Jerawat adalah sebahagian daripada resdung.
 Elakkan makanan penyebab `gatal’ seperti belacan dan sebagainya. Ini tidak benar kerana resdung diistilahkan sebagai sejenis penyakit alahan. Jerawat bukan berpunca daripada alahan.

Kepentingan merawat jerawat dengan betul tidak boleh dipandang rendah kerana kelewatan merawat atau kesilapan pengambilan ubat boleh menyebabkan parut berkekalan, seterusnya mengganggu emosi dan penampilan diri remaja yang sememangnya sangat sensitif dengan penampilan luaran.

Source : :)

Tahukah anda, Kuku menunjukkan kesihatan anda?



Adakah anda tahu bahawa kuku anda boleh mendedahkan kesihatan anda secara keseluruhannya? Sebuah sentuhan tompokan putih, ada yang sedikit kemerahan, atau riak atau gundukan mungkin merupakan tanda penyakit di dalam tubuh anda. Permasalahan dalam hati, paru-paru, dan jantung boleh muncul dalam kuku anda. Terus membaca untuk mempelajari apa rahsia kuku akan mendedahkan penyakit anda. 



1. Kuku yang pucat (Pale Nails).


Kuku yang sangat pucat kadang-kadang dikaitkan dengan penuaan. Tapi mereka juga boleh merupakan tanda penyakit serius seperti:

  • Anemia
  • Kongestif gagal jantung
  • Diabetes
  • Penyakit hati
  • Gizi Buruk
2. Kuku putih (White Nails).


Jika kuku sebahagian besar putih dengan pinggiran lebih gelap, ini dapat menunjukkan masalah hati, seperti hepatitis. Dalam gambar ini, anda boleh melihat jari-jari juga kuning, tanda lain dari masalah hati.

3. Kuku Kuning (Yellow Nails)


Salah satu penyebab paling biasa kuku yang berwarna kuning adalah disebabkan jangkitan kulat. Sebagai memburukkan lagi jangkitan, kuku mungkin menarik kembali, dan mungkin kuku menebal dan runtuh.Dalam kes yang jarang berlaku, kuku kuning dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius seperti penyakit tiroid teruk atau psoriasis

4. Kuku kebiruan (bluish Nails).


Kuku dengan warna kebiruan boleh bererti tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ini boleh menunjukkan adanya jangkitan di paru-paru, seperti radang paru-paru.

5.Kuku yang berdesir (Rippled Nails).


Jika permukaan kuku yang bergelombang atau diadu, ini mungkin merupakan tanda awal dari psoriasis atau artritis inflamasi. Psoriasis adalah suatu keadaan kulit yang bermula pada kuku 10% dari masa.

6. Kuku yang retak dan terbelah (Crack and split Nails).


Kering, kuku rapuh yang sering retak atau terbelah telah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Retak atau pemisahan digabungkan dengan warna kekuningan lebih mungkin kerana jangkitan kulat

7. Kuku bengkak di pinggiran kulit (Puffy Nail fold).


Jika kulit di sekitar kuku tampak merah dan bengkak, ini dikenali sebagai peradangan lipatan kuku. Ini mungkin hasil dari lupus atau tissue disorder.

8.Garis hitam dibawah kuku (Dark lines beneath the Nails).



Garis hitam di bawah kuku harus diselidiki secepat mungkin. Mereka kadang-kadang disebabkan oleh melanoma, jenis yang paling berbahaya dari kanser kulit ..

9. Mengigit kuku (gnawed Nails).


Menggigit kuku anda mungkin tidak lebih dari kebiasaan atau tabiat lama, namun dalam beberapa kes ini adalah tanda kegelisahan terus-menerus yang perlu rawatan. Menggigit kuku dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak boleh berhenti, berbincanglah dengan doktor anda.


Walaupun perubahan keadaan kuku banyak menunjukkan tanda-tanda keadaan penyakit, perubahan ini jarang ada tanda pertama. Dan banyak kelainan kuku tidak berbahaya dan  tidak semua orang dengan kuku putih mengidap penyakit hepatitis. Jika anda bimbang tentang paparan kuku anda, sila berjumpa dengan doktor kulit untuk pengesahan.

Source : here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...