Monday 26 May 2014

7 tips berkesan untuk berhenti merokok !

7 tips berkesan untuk berhenti merokok ! Umum sudah tahu bahawa rokok telah difatwakan haram, jadi kepada perokok-perokok di luar sana haruslah berusaha untuk berhenti. Jika anda rasa tidak tahu bagaimana hendak cuba berhenti dari merokok di sini kami akan kongsikan beberapa tips untuk anda amalkan untuk berhenti dari merokok.



Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.

Elakkan punca merokok
Kenali apa punca merokok. Contohnya semasa bersama dengan kawan-kawan, menghadapi tekanan atau selepas makan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok, cuba elakkan untuk melepak terlalu lama. Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa hendak merokok, ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.


Bersenam
Ya, cara berhenti merokok ini sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lari-lari anak.

Belajar untuk bertenang
Tekanan adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih 'cool' dan lebih bijak dalam berdepan dengan tekanan. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik 'deep breathing' (dua saat tarik nafas- empat saat tahan- lapan saat hembus nafas keluar).

Libatkan keluarga & rakan-rakan
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa anda mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok, beritahu mereka. Sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni anda yang sudah tak mahu merokok. Paling efektif ialah beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.



Menguyah
Jika rasa hendak merokok, kunyah adalah cara untuk anda berhenti merokok yang paling senang. Cari bahan kunyahan yang sihat seperti kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.

Sibukkan diri anda setelah makan
Banyak perokok yang setelah makan mereka akan memilih untuk menghisap rokok. Namun jika anda sudah memutuskan anda harus benar-benar berhenti, caranya mudah iaitu selepas selesai menjamu selera cepat-cepat menggosok gigi atau melakukan sesuatu perkara seperti berjalan bagi melupakan keinginan anda untuk merokok setelah makan. Meskipun agak berat jika anda lakukan secara rutin tetapi anda akan biasa apabila setiap hari anda mengulangi perbuatan yang sama.

Lagi menarik....
Tiket Piala dunia ke Brazil !!
Pengalaman ke Seoul Korea !!


tupai.com.my

Friday 16 May 2014

5 fakta tentang Taylor Swift yang anda mungkin tidak tahu !

10 fakta tentang Taylor Swift yang anda mungkin tidak tahu !

1. Tidak menyukai subjek Matematik.
Sejak di bangku sekolah lagi, penyanyi yang bernama Taylor Alison Swift ini boleh dikatakan sebagai pelajar yang rajin dan berprestasi. Dalam tiap mata pelajaran yang diambilnya, Swift kerap mendapat gred A atau B! Namun ada satu mata pelajaran yang dibencinya, MATEMATIK!



2.Berbakat sejak kecil lagi.
Sejak kecil, Taylor Swift sudah percaya diri dengan suara yang dimilikinya. Ketika berumur 11 tahun, Swift sudah berani mempamerkan demo karaokenya pada tetangganya di Nashville. Masih di tahun yang sama, Swift pernah menyanyikan lagu kebangsaan Amerika di pertandingan bola keranjang Philadelphia 76ers.



Setahun kemudian Swift telah mampu menulis lagu dan mulai menguasai alat musik gitar. Siapa yang pertama kali mengajari Swift bermain gitar? Tukang servis komputer! Hingga saat ini, Swift dikhabarnya telah menulis lebih dari 200 lagu! hebat!

3. Sering patah hati.
Cantik, berbakat dan pintar bukan jaminan bagi Swift untuk tidak pernah merasakan pedihnya patah hati. Joe Jonas adalah jejaka yang berjaya mematahkan hati Taylor Swift melalui pembicaraan telefon yang berdurasi 27 saat. Hati lembut Swift kembali terluka saat dia putus cinta dengan John Mayer beberapa tahun kemudian. Lagu Dear John oleh Swift kononnya ditulis untuk menyindir John Mayer. Namun Swift membantah isu tersebut.



4. Hasil karya Taylor Swift.
Taylor Swift mempunya ciri khas pada karya-karyanya. Kebanyakan lagu-lagu Swift menceritakan kehidupan sehari-harinya, termasuk kisah cinta. Lagu You Belong With Me merupakan kisah Swift ketika mengagumi seseorang di sekolahnya.

Lagu Last Kiss dan Forever & Always diciptakan untuk bekas kekasihnya, Joe Jonas. Sedangkan Back to December konon diciptakan untuk Taylor Lautner. Satu lagi adalah lagu Enchanted yang menceritakan kesan Swift saat bertemu dengan Adam Young (Owl City). Uniknya, dalam menulis lagu tentang orang lain, Swift selalu menyebut nama asli dari 'mangsanya'.



5.Cita-cita selain menjadi pemuzik.
Sejak kecil Swift sebenarnya mempunya cita-cita lain selain sebagai penyanyi maupun penulis lagu. Jika dia tidak menjadi seorang penyanyi, Swift mengakui bakal berusaha untuk menjadi seorang detektif forensik. Sedangkan hobi lain Swift di luar muzik adalah melakukan eksperimen di dapur.


Baca ni !!
Wtf! Gambar Taylor swift tersebar !

Rahsia nak lajukan telefon pintar anda !

Rahsia nak lajukan telefon pintar anda !


Mana-mana telefon Android mempunyai banyak ciri menarik namun pada sama ia juga mengakibatkan gajet anda semua menjadi perlahan. 


Antara tip yang boleh diambil kira bagi menjadikan telefon Android anda lebih laju seperti berikut:

1. Tutup 'animation' pada app yang menggunakan kelajuan telefon. Apa yang perlu dilakukan adalah pergi Settings > Display > Animation dan kemudiannya anda klik pada No Animations



2. Tutup plug-in untuk pelayar atau browser anda. Caranya adalah buka browser internet, Settings > enable plug-ins kemudian klik Off

3. Sila muat turun Launcher pihak ketiga – Launcher Pro yang melajukan operasi skrin terutama ketika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi yang lain.

4. Tutup Wallpaper iaitu animasi pada background telefon anda yang sentiasa beroperasi ketika telefon berada dalam mod aktif. Caranya termasuk klik pada butang utama dan cari Live Wallpapers, kemudian anda klik butang tersebut dan gantikannya pada wallpaper yang statik saja.

5. Hadkan wijet yang ada pada Homescreen anda. Keluarkan wijet seperti Facebook atau Twitter atau Instagram dan pastikan hanya keperluan komunikasi saja kerana setiap kali telefon dibuka, ia akan membaca semua data dalam wijet yang dipaparkan di Homescreen. Daripada biarkan satu aplikasi pada skrin utama, masukkan semua aplikasi dalam satu folder.


6. Hadkan aplikasi yang dimuat turun. Untuk melakukannya anda perlu klik pada Settings > Application dan kemudian padam aplikasi yang jarang kita guna.

7. Kurangkan update atau kemaskini data pada telefon. Caranya, masuk ke Account & Sync kemudian nyahaktif sync aplikasi seperti Twitter dan Facebook yang banyak menggunakan data untuk kemaskini yang memperlahankan telefon anda. Jangan terlalu sync banyak aplikasi dan amalkan kaedah sync ketika anda membukanya saja.

lagi............


Sunday 16 March 2014

Sadis ! Remaja mati overdose dadah di Konsert Future Music Festival Asia

Remaja mati overdose dadah di Konsert Future Music Festival Asia



Gambar Dan Senarai Nama Remaja Yang Mati Overdose Di Konsert | Saat negara kita ditimpa dengan kehilangan pesawat MH370 ini ada pula berita yang amat menyedihkan apabila Remaja kita mati akibat overdose dadah ini. Baca selanjutnya

Gambar Dan Senarai Nama Remaja Yang Mati Overdose Di Konsert

Enam remaja maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah secara berlebihan hingga mengalami sesak nafas, ketika menghadiri sebuah konsert yang dikenali Future Music  di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM, katanya.

Mohmad berkata ekoran kejadian itu dan hasil perbincangan dengan pihak penganjur, konsert berkenaan 'Future Music Festival Asia' yang sepatutnya berakhir malam ini, dibatalkan.

Konsert itu diadakan sejak Khamis.

"Keenam-enam yang maut itu dipercayai mengambil dadah jenis methamphetamine dari luar stadium sebelum masuk dan melihat konsert itu. Dadah tersebut dikenali sebagai 'designer drug' atau dadah sintetik," katanya.

Mohmad berkata dadah itu dijual dengan harga sekitar RM60 hingga RM100 sebiji bergantung kepada kandungannya.

Sepanjang dua malam konsert itu berlangsung juga, polis menahan 19 orang pengunjung konsert termasuk 12 warga asing dari negara Singapura, Sudan, Australia dan Indonesia atas kesalahan memiliki dadah, katanya.


Saturday 1 February 2014

Segmen "Saya Nak Tudung Bawal Roses"




segmen berlangsung selama 3 hari je . so cepat join! =)



Sunday 19 January 2014

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Assalamualaikum ?


hah. Nampak tak banner kat atas nie. Tak nampak pendek ----- . (sendiri sambung laa erk. hihi) . Okaylah, Korang nak tau tak bersusah payah Nile.com.my ni buat giveaway takkan tak nak join kot. rugi oi. Mana tau rezeki aku korang menang .. haha.


So, kalau laa aku menang apa aku nak buat dengan duit tu? 

herm, sejujurnya aku nak guna semua duit tu kat nile.com.my . hehe. Biar berbelanja alang-alang . lagipun, Semua barang yang dijual kat website nile.com.my gempak gilerr. Terlopong mulut tengok barangan yang dijual dengan harga yang murah nak mampus. Iyalaa, aku mampu tengok dan cuci mata je. kalau nak beli herm.... maklum laa sekarang aku tengah tanam anggur . (tunggu spm hehe) . Kalau ada rezeki. Insyaallah. 

Tamat pada : 21/01/2014 pada pukul 12 pm . 

Boleh check keputusan cabutan bertuah di sini : http://www.nile.com.my/page.php?cd=87

Thursday 16 January 2014

Langsingkan badan dengan kurma !

Langsingkan badan dengan kurma ! 


Setiap kali hampir bulan Ramadan, pasti buah kurma menjadi pilihan sebagai juadah bersahur atau berbuka. Kenapa jadikan kurma sebagai 'buah bermusim' sahaja sedangkan banyak khasiat kurma yang boleh anda perolehi termasuklah untuk menguruskan badan.

Apa kata anda jadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Gantikan makan malam anda seperti nasi dan lauk pauk dengan kurma. Cuba amalkan ini dalam masa sebulan pasti anda akan nampak hasilnya. Bukan sahaja akan menjadi kurus tetapi juga sihat.

Ini kerana buah kurma kaya dengan 'potassium' yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.

Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah.

Siapa sangka dengan buah kurma dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan. Selamat mencuba!

yahoo.com

4 tips elak senggugut ketika haid !

4 tips elak senggugut ketika haid ! 



Selalunya ketika kaum wanita datang haid pasti ada yang akan mengalami serangan 'dysmenorrhea' atau lebih dikenali dengan senggugut. Ia boleh dikatakan normal bagi kaum wanita, namun ramai yang merungut apabila diserang senggugut.

Ini kerana kadang-kala serangan senggugut agak serius seperti kekejangan di bahagian otot perut sehingga ada yang hanya mampu terbaring sahaja.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips untuk mengelak daripada diserang senggugut ketika datang haid.

Minum banyak air
Air sangat penting untuk tubuh badan anda. Jadi pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan.

Melakukan senaman ringan
Amalkan melakukan senaman ringan kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agar tidak berada dalam keadaan tertekan. Anda boleh membuat senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau berjoging.

Ambil makanan berkalsium
Anda juga perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, brokoli, kobis dan yogurt kerana ia dapat mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda ketika awal kedatangan haid. Anda memerlukan kalsium sekurang-kurangnya 1,200 mg setiap hari.

Kurangkan makanan segera dan kafein 
Kurangkan memakan makanan segera atau minum minuman berkafein kerana ia akan menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa, manakala kandungan kafein pula akan menyebabkan saluran darah mengecut dan ini akan menyebabkan anda berasa sakit di bahagian abdomen yang boleh menyebabkan kekejangan otot.

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk mengelak dari serangan senggugut ketika datangnya haid. Selamat mencuba!

source
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...