7 tips berkesan untuk berhenti merokok ! Umum sudah tahu bahawa rokok telah difatwakan haram, jadi kepada perokok-perokok di luar sana haruslah berusaha untuk berhenti. Jika anda rasa tidak tahu bagaimana hendak cuba berhenti dari merokok di sini kami akan kongsikan beberapa tips untuk anda amalkan untuk berhenti dari merokok.
Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.
Elakkan punca merokok
Kenali apa punca merokok. Contohnya semasa bersama dengan kawan-kawan, menghadapi tekanan atau selepas makan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok, cuba elakkan untuk melepak terlalu lama. Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa hendak merokok, ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.
Bersenam
Ya, cara berhenti merokok ini sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lari-lari anak.
Belajar untuk bertenang
Tekanan adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih 'cool' dan lebih bijak dalam berdepan dengan tekanan. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik 'deep breathing' (dua saat tarik nafas- empat saat tahan- lapan saat hembus nafas keluar).
Libatkan keluarga & rakan-rakan
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa anda mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok, beritahu mereka. Sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni anda yang sudah tak mahu merokok. Paling efektif ialah beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.
Menguyah
Jika rasa hendak merokok, kunyah adalah cara untuk anda berhenti merokok yang paling senang. Cari bahan kunyahan yang sihat seperti kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.
Sibukkan diri anda setelah makan
Banyak perokok yang setelah makan mereka akan memilih untuk menghisap rokok. Namun jika anda sudah memutuskan anda harus benar-benar berhenti, caranya mudah iaitu selepas selesai menjamu selera cepat-cepat menggosok gigi atau melakukan sesuatu perkara seperti berjalan bagi melupakan keinginan anda untuk merokok setelah makan. Meskipun agak berat jika anda lakukan secara rutin tetapi anda akan biasa apabila setiap hari anda mengulangi perbuatan yang sama.
Lagi menarik....
Tiket Piala dunia ke Brazil !!
Pengalaman ke Seoul Korea !!
tupai.com.my
Dandelion Buzz
Monday, 26 May 2014
Friday, 16 May 2014
5 fakta tentang Taylor Swift yang anda mungkin tidak tahu !
10 fakta tentang Taylor Swift yang anda mungkin tidak tahu !
1. Tidak menyukai subjek Matematik.
Sejak di bangku sekolah lagi, penyanyi yang bernama Taylor Alison Swift ini boleh dikatakan sebagai pelajar yang rajin dan berprestasi. Dalam tiap mata pelajaran yang diambilnya, Swift kerap mendapat gred A atau B! Namun ada satu mata pelajaran yang dibencinya, MATEMATIK!
2.Berbakat sejak kecil lagi.
Sejak kecil, Taylor Swift sudah percaya diri dengan suara yang dimilikinya. Ketika berumur 11 tahun, Swift sudah berani mempamerkan demo karaokenya pada tetangganya di Nashville. Masih di tahun yang sama, Swift pernah menyanyikan lagu kebangsaan Amerika di pertandingan bola keranjang Philadelphia 76ers.Setahun kemudian Swift telah mampu menulis lagu dan mulai menguasai alat musik gitar. Siapa yang pertama kali mengajari Swift bermain gitar? Tukang servis komputer! Hingga saat ini, Swift dikhabarnya telah menulis lebih dari 200 lagu! hebat!
3. Sering patah hati.
Cantik, berbakat dan pintar bukan jaminan bagi Swift untuk tidak pernah merasakan pedihnya patah hati. Joe Jonas adalah jejaka yang berjaya mematahkan hati Taylor Swift melalui pembicaraan telefon yang berdurasi 27 saat. Hati lembut Swift kembali terluka saat dia putus cinta dengan John Mayer beberapa tahun kemudian. Lagu Dear John oleh Swift kononnya ditulis untuk menyindir John Mayer. Namun Swift membantah isu tersebut.
4. Hasil karya Taylor Swift.
Taylor Swift mempunya ciri khas pada karya-karyanya. Kebanyakan lagu-lagu Swift menceritakan kehidupan sehari-harinya, termasuk kisah cinta. Lagu You Belong With Me merupakan kisah Swift ketika mengagumi seseorang di sekolahnya.
Lagu Last Kiss dan Forever & Always diciptakan untuk bekas kekasihnya, Joe Jonas. Sedangkan Back to December konon diciptakan untuk Taylor Lautner. Satu lagi adalah lagu Enchanted yang menceritakan kesan Swift saat bertemu dengan Adam Young (Owl City). Uniknya, dalam menulis lagu tentang orang lain, Swift selalu menyebut nama asli dari 'mangsanya'.
5.Cita-cita selain menjadi pemuzik.
Sejak kecil Swift sebenarnya mempunya cita-cita lain selain sebagai penyanyi maupun penulis lagu. Jika dia tidak menjadi seorang penyanyi, Swift mengakui bakal berusaha untuk menjadi seorang detektif forensik. Sedangkan hobi lain Swift di luar muzik adalah melakukan eksperimen di dapur.
Baca ni !!
Wtf! Gambar Taylor swift tersebar !
Rahsia nak lajukan telefon pintar anda !
Rahsia nak lajukan telefon pintar anda !
Mana-mana telefon Android mempunyai banyak ciri menarik namun pada sama ia juga mengakibatkan gajet anda semua menjadi perlahan.
Antara tip yang boleh diambil kira bagi menjadikan telefon Android anda lebih laju seperti berikut:
1. Tutup 'animation' pada app yang menggunakan kelajuan telefon. Apa yang perlu dilakukan adalah pergi Settings > Display > Animation dan kemudiannya anda klik pada No Animations
2. Tutup plug-in untuk pelayar atau browser anda. Caranya adalah buka browser internet, Settings > enable plug-ins kemudian klik Off
3. Sila muat turun Launcher pihak ketiga – Launcher Pro yang melajukan operasi skrin terutama ketika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi yang lain.
4. Tutup Wallpaper iaitu animasi pada background telefon anda yang sentiasa beroperasi ketika telefon berada dalam mod aktif. Caranya termasuk klik pada butang utama dan cari Live Wallpapers, kemudian anda klik butang tersebut dan gantikannya pada wallpaper yang statik saja.
5. Hadkan wijet yang ada pada Homescreen anda. Keluarkan wijet seperti Facebook atau Twitter atau Instagram dan pastikan hanya keperluan komunikasi saja kerana setiap kali telefon dibuka, ia akan membaca semua data dalam wijet yang dipaparkan di Homescreen. Daripada biarkan satu aplikasi pada skrin utama, masukkan semua aplikasi dalam satu folder.
6. Hadkan aplikasi yang dimuat turun. Untuk melakukannya anda perlu klik pada Settings > Application dan kemudian padam aplikasi yang jarang kita guna.
7. Kurangkan update atau kemaskini data pada telefon. Caranya, masuk ke Account & Sync kemudian nyahaktif sync aplikasi seperti Twitter dan Facebook yang banyak menggunakan data untuk kemaskini yang memperlahankan telefon anda. Jangan terlalu sync banyak aplikasi dan amalkan kaedah sync ketika anda membukanya saja.
lagi............
Subscribe to:
Posts (Atom)