1.
Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap
wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap
personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2.
Lelaki amat bencikan lelaki lain yang
cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3.
Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak
dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika
mereka menelefon seorang wanita.
4.
Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan
mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan
mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5.
Apabila lelaki benar-benar sayang
terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang
ada pada wanita tersebut.
6.
Lelaki akan membuat seribu satu
kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7.
Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk
mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8.
Lelaki amat benci apabila wanita
menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9.
Seorang lelaki mampu menyukai wanita
untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa
ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11.
Lelaki juga akan menangis.
12.
Lelaki akan lebih untuk berusaha
memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk
menerima kekalahan.
13.
Jangan sesekali memberikan mereka mesej
tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka
akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang
tidak diduga.
15.
Lelaki akan menjadi gagap apabila
bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16.
Apabila wanita menyatakan tidak, hati
lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17.
Lelaki amat sayang ibu mereka.
18.
Lelaki sanggup mengorbankan makan
tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19.
Lelaki amat sukar untuk difahami
melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu
terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil
masa yang terlalu lama.
21.
Lelaki lebih bersikap terbuka untuk
menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan
pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan
dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita,
mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk
membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang
lebih penting adalah berat mereka.
28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka
terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah
dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
31.
Apabila lelaki menceritakan sesuatu
yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki
berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman,
bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka
baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar
bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama
dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau
mengada-ngada.
No comments:
Post a Comment