Thursday, 16 January 2014

Langsingkan badan dengan kurma !

Langsingkan badan dengan kurma ! 


Setiap kali hampir bulan Ramadan, pasti buah kurma menjadi pilihan sebagai juadah bersahur atau berbuka. Kenapa jadikan kurma sebagai 'buah bermusim' sahaja sedangkan banyak khasiat kurma yang boleh anda perolehi termasuklah untuk menguruskan badan.

Apa kata anda jadikan kurma sebagai hidangan makan malam anda. Gantikan makan malam anda seperti nasi dan lauk pauk dengan kurma. Cuba amalkan ini dalam masa sebulan pasti anda akan nampak hasilnya. Bukan sahaja akan menjadi kurus tetapi juga sihat.

Ini kerana buah kurma kaya dengan 'potassium' yang dapat menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan dan membantu dalam pembinaan otot termasuk jantung serta memelihara sistem saraf.

Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g pisang hanya terdapat 2.6g serat. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan.

Buah kurma ini boleh juga dipelbagaikan cara pemakanannya. Selain dari memakannya secara mentah, anda juga boleh membuat jus kurma. Jangan risau, cara membuatnya juga adalah mudah.

Siapa sangka dengan buah kurma dapat menguruskan badan. Tapi anda haruslah melakukannya secara konsisten. Janganlah hanya bergantung kepada buah kurma sahaja, tetapi lakukan juga senaman menyihatkan badan yang lain agar kita bukan sahaja kurus tetapi dapat membentuk tubuh seperti yang diidamkan. Selamat mencuba!

yahoo.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...